![]() |
Kampung Makaniton
merupakan salah sebuah kampung yang berada di dalam daerah Tenom Sabah. kampung ini mendapat nama disebabkan oleh sebuah kisah pada zaman dahulunya, iaitu, pada zaman dahulu adalah bermulanya tiga orang leleki daripad kaum berbangsa Murut yang datang ke kawasan tersebut untuk berburu. pada masa tersebut mereka telah kehabisan bekalan makanan dan sukar pulak untuk mencari bekalan makanan di kawasan tersebut. setelah beberapa hari berjalan mereka terjumpa dengan sebuah pokok yang mengelurkan buah yang sangat cantik dan lebat. Dengan tidak semena-mena mereka dengan rasa rakus dan laparnya mengambil buah tersebut untuk makan dengan lahap dan ghairah. Beberapa ketika selepas itu, salah seorang daripada mereka telah mati akibat terlalu kenyang dan ini menyebabkan 2 daipada Kaum Murut tersebut mengatakan buah itu beracun, dalam bahasa mereka adalah ( Mangkaniton = keracunan ) . oleh sebab itulah kawasan tersebut mendapat nama makaniton.

No comments:
Post a Comment