Kisah ini bermula apabila ayah mula berkahwin dengan seorang perempuan lagi.. Perempuan tersebut baru berumur 18 tahun dan pada ketika itu saya berumur 13 tahun dan jarak umur antara saya dan ibu tiri saya hanyalah 5 tahun sahaja.. pada ketika awal permulaan perkahwinan keluargaku adalah amat renggang dan dingin ini kerana cara seorang ibu tiri yang berumur 18 tahun dan tidak matang pada ketika itu mendidik kami dengan cara yang amatlah tidak boleh diterima dengan akal dan selalu melepaskan kata-kata yang amat menyedihkan kami adik-beradik.. pada masa tersebut saya mula jemu dan tidak suka berada di dalam rumah dan mula menjadi kutu rayau tidak kira siang atau pun malam.. lebih-lebih lagi pada masa tersebut keluarga kami tinggal di kawasan yang bandaraya kota kinabalu dan ini menyebabkan saya mudah untuk mendapatkan member-member yang suka sangat keluar opada waktu malam.. pada ketika itu, saya mula berkawan dengan member-member yang menjadi pemain muzik jalanan dan tidak mempunyai apa-apa kecuali hanya dengan bermain gitar dan mengetuk tin cola di tepi jalan mahupun di pondok perhentian bas.. Disebabkan teruja sangat untuk mempelajari seni muzik terutamnya gitar.. dengan secara langsungnya saya mula berkecimpung dalam gejala kutu rayau dan tidak teringatkan family dirumah sama ada risau atau tidak pada saya.. sikap tidak ingin memaafkan ibu tiri dan melawan cakap ayah tersebut adalah sifat degil dan darah muda yang ingin belajar seni muzik tanpa menghiraukan diri sendiri dituduh sebagai penagih dadah dan saya juga turut mendapat pengalaman bermalam di lokap atas sebab salah seorang daripada rakan kami dopercayai positif dadah... namun begitu, atas kesedaran dan petunjuk dai yang mahakuasa saya sedar dan mula berubah ketika umur mencapai 17 tahun.. ini kerana saya sedar SPM menentukan corak hidup saya sebagai manusia yang berguna tau tidak kelak...

No comments:
Post a Comment