Thursday, 4 July 2013

Jiwa Muda

HAVING FUN

Kisah ini bermula apabila ayah mula berkahwin dengan seorang perempuan lagi.. Perempuan tersebut baru berumur 18 tahun dan pada ketika itu saya berumur 13 tahun dan jarak umur antara saya dan ibu tiri saya hanyalah 5 tahun sahaja.. pada ketika awal permulaan perkahwinan keluargaku adalah amat renggang dan dingin ini kerana cara seorang ibu tiri yang berumur 18 tahun dan tidak matang pada ketika itu mendidik kami dengan cara yang amatlah tidak boleh diterima dengan akal dan selalu melepaskan kata-kata yang amat menyedihkan kami adik-beradik.. pada masa tersebut saya mula jemu dan tidak suka berada di dalam rumah dan mula menjadi kutu rayau tidak kira siang atau pun malam.. lebih-lebih lagi pada masa tersebut keluarga kami tinggal di kawasan yang bandaraya kota kinabalu dan ini menyebabkan saya mudah untuk mendapatkan member-member yang suka sangat keluar opada waktu malam.. pada ketika itu, saya mula berkawan dengan member-member yang menjadi pemain muzik jalanan dan tidak mempunyai apa-apa kecuali hanya dengan bermain gitar dan mengetuk tin cola di tepi jalan mahupun di pondok perhentian bas.. Disebabkan teruja sangat untuk mempelajari seni muzik terutamnya gitar.. dengan secara langsungnya saya mula berkecimpung dalam gejala kutu rayau dan tidak teringatkan family dirumah sama ada risau atau tidak pada saya.. sikap tidak ingin memaafkan ibu tiri dan melawan cakap ayah tersebut adalah sifat degil dan darah muda yang ingin belajar seni muzik tanpa menghiraukan diri sendiri dituduh sebagai penagih dadah dan saya juga turut mendapat pengalaman bermalam di lokap atas sebab salah seorang daripada rakan kami dopercayai positif dadah... namun begitu, atas kesedaran dan petunjuk dai yang mahakuasa saya sedar dan mula berubah ketika umur mencapai 17 tahun.. ini kerana saya sedar SPM menentukan corak hidup saya sebagai manusia yang berguna tau tidak kelak... 

Makaniton village


Kampung Makaniton
merupakan salah sebuah kampung yang berada di dalam daerah Tenom Sabah. kampung ini mendapat nama disebabkan oleh sebuah kisah pada zaman dahulunya, iaitu, pada zaman dahulu adalah bermulanya tiga orang leleki daripad kaum berbangsa Murut yang datang  ke kawasan tersebut untuk berburu. pada masa tersebut mereka telah kehabisan bekalan makanan dan sukar pulak untuk mencari bekalan makanan di kawasan tersebut. setelah beberapa hari berjalan mereka terjumpa dengan sebuah pokok yang mengelurkan buah yang sangat cantik dan lebat. Dengan tidak semena-mena mereka dengan rasa rakus dan laparnya mengambil buah tersebut untuk makan dengan lahap dan ghairah. Beberapa ketika selepas itu, salah seorang daripada mereka telah mati akibat terlalu kenyang dan ini menyebabkan 2 daipada Kaum Murut tersebut mengatakan buah itu beracun, dalam bahasa mereka adalah ( Mangkaniton = keracunan ) . oleh sebab itulah kawasan tersebut mendapat nama makaniton.

Tobilung Culture

 Masyarkat tobilung merupakan masyarakat yang lama menetap di negeri sabah dimana ianya banyak menetap di kawasan pantai barat utara sabah, seperti daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Inanam. Suku kaum ini bermulanya daripada asal-usul orang-orang dusun di sabah iaitu di kawasan Nunuk Ragang dimana ianya adalah pokok yang sangat besar dan didiami oleh lebih kurang 12 000 orang penduduk yang membina rumah di pokok tersebut. Kepercayaan orang-orang dusun pada masa ini dipercayai adalah animisme dimana mereka mempercayai pokok yang besar tersebut banyak memberi tuah dan malang kepada suku kaum mereka. Namun begitu, kaum ini pada masa itu dilanda dengan suatu penyakit yang sukar untuk dirawat dan diubati. dengan itu, ramai penduduk berpindah dari kawasan tersebut ke tempat lain. Pada masa inilah seorang pemuda yang bernama Tombilung membawa orang-orang dalam jagaannya untuk pindah dari kawasan tersebut. Tombilung pada mulanya membawa lebih kurang 200 orang penduduk yang terdiri daripada wanita, lelaki, kanak-kanak dan orang tua. setelah beberapa minggu  berjalan mencari tempat yang sesuai untuk menetap. Tibalah tombilung dan orang-orangnya di kawasan yang dikenali sebagai Inanam. pada ketika ini seoarng wanita daripada rombongan tersebut mengalami masalah untuk bersalin. ketika itu, tombilung mengarahkan supaya beberapa orangnya untuk menjaga wanita tersebut dan dikehendaki untuk kembali menyusul mereka apabila wanita tersebut sihat dan boleh berjalan semula. ketika itu, tombilung mengarahkan beberapa orangnya untuk menyediakan penunjuk jalan untuk memudahkan kumpulan wanita mengandung itu untuk menysul mereka. namun begitu, seorang daripada rombongan tersebut yang kurang siuman telah menunggang terbailkkan penunjuk jalan tersebut dan ini menyebabkan kumpulan wanita yang mengandung itu tidak dapat menyusul semula dan berpatah balik ke kawasan inanam. Sehingga kini kawasan di iananam telah menjadi salah satu kaum tobilung menetap. berbalik kepada cerita rombongan tombilung tadi beliau telah sampai di kawasan daerah kota belud iaitu di kampung dudar yang kini menjadi perkampungan suku kaum tobilung. Suku kaum tobilung ini mendapat nama kaumnya hasil daripada tombilung sempena memperingati namanya dan dikenali oleh semua keturunannya.